Isnin, 16 April 2012

ROTI TELUR BERKEJU

Salam Hormat..

Menu apa petang ni. Jom , kami nak kongsikan 1 menu yang ringkas tapi sedap. Roti Telur Berkeju..

Bahan-bahannya:(hidangan untuk 2 orang)
6keping roti
3keping keju slice
1biji telur-pukul tanpa garam
margerin

Cara-caranya:
  1. Pukul telur, tanpa garam
  2. Ambil 2 keping roti dan masukkan kepingan keju ditengah (seperti sandwich)
  3. Celup dalam telur
  4. Panaskan kuali dan letak sedikit margerin
  5. Gorengkan roti tadi hingga masak
  6. Angkat dan toppingkan dengan keju CheezyCrazy dan mayonis

    Siap!!
Apalagi..jom kita berkeju !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan